Wednesday, February 10, 2010

HPA PILIHANKU (KENAPA PILIH HPA??)

*Sebuah perniagaan 100% milik BUMIPUTERA ISLAM
*Yuran keahlian hanya RM 30.00 SEUMUR HIDUP.
*Mempunyai 20 TAHUN pengalaman dalam Industri HERBA.
*Lebih 300 PRODUK HALAL keluaran HPA INDUSTRIES SDN BHD.
*11 Ganjaran lumayan untuk AHLI.
*Bertemakan Islam (Pekerja berwuduk sebelum memulakan kerja)
*Kilang Sendiri dibawah Skim Bank Pembangunan Malaysia.
*Kelulusan dari Biro Farmaseutikal Negara (BPFK) Malaysia.
*Pengesahan dari Pusat Konsultasi Syari'ah sebagai MLM Syari'ah. Memiliki sebuah "Pusat Penyelidikan   Perubatan Jawi".
 
HERBA PENAWAR AL-WAHIDA (HPA)
KEISTIMEWAAN MENJADI AHLI HPA:
# Yuran keahlian HPA hanya RM 30.00 sahaja seumur hidup.
# Tiada yuran tahunan.
# Perniagaan ini boleh diwarisi.
# Peluang menikmati pelbagai bonus dan insentif yang disediakan.
# Terdapat 11 ganjaran bonus hebat dari HPA.
# Diskaun harga untuk semua produk dari 20% - 25%.
#Peluang menambah ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, refleksologi, kiropraktik, ilmu diagnos penyakit melalui tapak tangan, iridologi (anak mata), lidah dan denyutan nadi.
# Pelan pemasaran yang begitu mudah.

JADI TIADA ALASAN UNTUK ANDA TIDAK BERSAMA KAMI MEMBANGUNKAN KEMBALI EKONOMI UMMAH AGAR KEMBALI SEHEBAT DI ZAMAN KHALIFAH……….
REBUTLAH PELUANG BERSAMA KAMI DI DALAM HPA & SEMOGA USAHA KITA AKAN MENDAPAT REDHA ALLAH S.W.T….. 

Marilah sama-sama kita memperjuangkan produk-produk keluaran
HPA INDUSTRIES SDN.BHD secara Multi Level Marketing Syariah .Semoga usaha kecil ini akan menjadikan medan dakwah untuk kembali mengamalkan sunnah mulia yang kian dipinggirkan di zaman ini.

Monday, February 8, 2010

KOPI RADIX

Kopi RADIX adalah minuman harian dengan komposisi kopi pilihan. Gula murni serta krimer yang ditambah ramuan Ubat dari 7 jenis tumbuhan herba alami sehingga kopi RADIX dapat dijadikan sebagai minuman kesihatan yang sangat aman karena kesan negatif kafeinnya telah di neutralise oleh ramuan herba di dalamnya serta berkhasiat jika diminum setiap hari dengan dos yang tepat. Bahan utamanya adalah akar ( RADIX ) tongkat ali ( Eurycoma longifolia ) yang disinergikan dengan 6 herba pilihan iaitu : teja lawang ( Cinnamommuminers ). Tebu gajah . Mata pelanduk ( Ardisia Crispa) . Mengkudu hutan ( Morinda Eliptica ) Halban ( Vitex Pubescen ) Larak Hutan ( Polyathia Hypoleuca ).
Kopi RADIX terbukti dengana izin ALLAH SWT berkhasiat mencegah dan mengubati berbagai penyakit serta menjaga kesihatan tubuh kerana kopi RADIX memiliki keunggulan MULTIFUNGSI THERAPI 4R, iaitu Release, Relax, Regeneration, dan Refunction.

RELEASE
Sebab utama masuknya penyakit dalam tubuh adalah ketika terkumpul jutaan racun dalam tubuh yang terkumpul dari pencemaran udara, makanan dan minuman yang biasanya mengandungi  perasa, pengawet, pewarna tiruan sehingga tubuh mengalami berbagai gangguan kesihatan, terutama gangguan di dalam perut (pencernaan ). Herba teja lawang ( Cinnamommuminers ) dan tebu gajah (Albizzia Myriophylia ) yang bersinergi dalam kopi RADIX dapat membuang racun dalam tubuh melalui buang air besar, buang air kecil, dan peluh. Proses ini juga disebut sebagai DETOKSIFIKASI.

RELAX
Stress yang berlebihan juga menjadi sebab lain dari munculnya berbagai gangguan kesihatan biasanya mereka yang mengalami strees bepanjangan akan menyebabkan sukar tidur, emosi tak terkawal dan spiritual yang menurun. Penyelesaian yang terbaik adalah merehatkan tubuh dengan kaedah DEEP SLEEPING atau tidur yang berkualiti. Kandungan vitamin c alami dalam akar tongkat ali dan mengkudu hutan akan menurunkan strees yang dialami oleh kita yang rutin mengamalkan kopi RADIX. Kandungan serat pada mengkudu Hutan juga akan merangsang tubuh untuk mengeluarkan hormon melantonin yang berperanan dalan proses DEEP SLEEPING.

REGENERATION
Akibat banyak racun yang masuk ke dalam tubuh kita yang  menyebabkan sel-sel tubuh menjadi rosak, berbagai fungsi organ menurun seperti  gagal ginjal , sukar memiliki keturunan, jantung, kencing manis, dan lain-lain. Ramuan herba pada kopi RADIX memiliki kelengkapan unsur yang diperlukan dalam melakukan REGENERASI SEL sehingga dengan meminum kopi RADIX secara rutin akan meningkatkan kemampuan tubuh untuk menggantikan sel-sel tubuh yang rosak atau mati.
REFUNCTION
Kerosakan sel dan penurunan fungsi pada organ yang menjadikan tubuh tidak mampu melawan penyakit apabila di biarkan akan mengalami disfungsi organ. Hal ini akan menyebabkan penyakit degeneratif. Regenerasi sel apabila dapat dijaga konsisten maka akan bernampakkan kesan positif pada proses pengembalian fungsi organ tubuh ( REFUNCTION )

Dos :
Pencegahan : 1 pagi 1 petang
Pengubatan Terapi : 1 pagi 1 tgh/hr 1ptg
Atau dos yang dianjurkan  terapi HPA
KOPI RADIX
MINUMAN KESIHATAN UNTUK ANDA DAN KELUARGA
Minum KOPI RADIX secara rutin INSYAALLAH  TERBUKTI  mencegah/mengubati
penyakit : Darah  Tinggi, Kencing Manis, Sakit Urat, Migrain/Vertigo, Tumor, Kanser,
Ketagihan Merokok,  Keputihan, Senggugut, Kecergasan, Kesuburan.

Cukup Secangkir Kopi Radix menjadi Ubat paling nikmat!

Harga : RM16.00

KOPI RADIX HEBAT!!

Bukan sekadar kopi biasa,
ia sekaligus sebagai colon cleansing, yang membersihkan kotoran-kotoran yang melekat pada usus. Sinergi 7 herba diantaranya Teja Lawang, Tebu Gajah, Ardisia, Mengkudu, Halban, Larak hutan dan yang paling penting adalah TONGKAT ALI (pasak bumi), bukan tongkat musa loh he he he.. mampu menyembuhkan berbagai penyakit. Bukan hanya itu, kopi radix diproses oleh orang-orang muslim, yang kesuciannya, kehalalannya insya Allah terjaga.Tak heran dijuluki Best Seller...
Selamat menyambut era peradaban perubatan muslim...

KOPI RADIX MENANG ANUGERAH PM


ABDULLAH Ahmad Badawi menyampaikan anugerah Perdana Menteri kepada Ismail Ahmad selepas merasmikan MAHA 2008 di Pusat Taman Expo Pertanian, semalam.

SERDANG 12 Ogos
- Tiada siapa menyangka industri pertanian berasaskan herba mampu memberikan pulangan yang cukup lumayan. Namun, syarikat HPA Industries Sdn. Bhd. berjaya membuktikan herba mampu menjana keuntungan apabila pada tahun 2007 nilai jualan produk keluaran syarikat itu mencecah RM63 juta.

Antara produk popular syarikat itu ialah Kopi Radix yang terkenal dengan ungkapan iklan 'Mai Secawan'. Berikutan pencapaian tersebut, HPA telah dipilih untuk menerima Anugerah Perdana Menteri yang pertama kali diperkenalkan sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK). Dengan kemenangan itu, HPA Industries membawa pulang hadiah wang wang tunai RM50,000, piala dan sijil.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad pada majlis perasmian Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2008 di sini hari ini.
Terdahulu, syarikat tersebut turut menerima Anugerah Pemasar Tani Jaya Peringkat Kebangsaan 2008. Bagi anugerah ini, HPA mendapat hadiah RM30,000, piala dan sijil.

Menurut Ismail, syarikatnya kini berusaha mewujudkan ladang roselle dan pegaga memandangkan hasil ladang sedia ada tidak dapat menampung permintaan.
''Kami masih terpaksa mengimport roselle dari Sudan dan pegaga dari Indonesia, jadi dengan adanya ladang roselle dan pegaga yang lebih besar ia akan membantu mengurangkan kebergantungan terhadap negara luar,'' katanya.

Selain menetapkan sasaran keuntungan sebanyak RM100,000 pada tahun ini, Ismail menyatakan bidang pertanian dan industri asas tani telah terbukti mampu memberikan pulangan yang cukup lumayan sekiranya diusahakan dengan betul.
HPA memiliki empat buah kilang yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba seluas 500 ekar. Ia mempunyai kira-kira 400,000 ahli serta 21,000 usahawan di seluruh negara. HPA Industries juga mempunyai lima wakil di luar negara melalui aktiviti jualan langsung pelbagai peringkat (MLM).

HPA BUKA RESTORAN RFC

HPA Industries Sdn Bhd melangkah setapak lagi dalam visinya menye-diakan produk halal dan berkualiti kepada orang ramai apabila mem-buka restoran pertamanya, Radix Fried Chicken (RFC) semalam.

Syarikat jualan langsung (MLM) milik Bumiputera itu antara terbesar di negara ini yang terkenal dengan jenama Kopi Radixnya, membuka cawangan pertama RFC di Lagenda Heights, bersebelahan Village Mall di Sungai Petani, Kedah.Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad, berkata HPA mensasarkan membuka 20 cawangan RFC menjelang akhir 2009.

Menurutnya, syarikat itu menawarkan sistem francais kepada 500,000 ahlinya di Malaysia untuk membuka cawangan RFC di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

Katanya, sistem francais itu terbahagi kepada dua kategori iaitu bernilai RM1 juta dan RM500,000. “RFC adalah jawapan kepada pelbagai masalah yang membelenggu masyarakat kebelakangan ini, terutama ayam yang dikhuatiri disuntik vaksin haiwan seperti babi yang bukan saja haram kepada umat Islam, tetapi berbahaya kepada kesihatan manusia keseluruhannya.

“Di RFC, kami menggunakan ayam organik yang diternak sendiri HPA yang dijamin bebas daripada vaksin kerana menggunakan herba sebagai makanannya seperti daun mambu, kunyit dan Tongkat Ali. “Pada masa sama, semua produk digunakan di dalam RFC adalah keluaran HPA yang berasaskan herba dan bebas daripada bahan kimia termasuk sos, minuman dan lain-lain,” katanya ketika majlis pelancaran RFC, semalam.Selain ayam goreng asli dan pedas yang menggunakan ramuan herba terpilih, RFC juga menyediakan pelbagai set makanan lain termasuk burger, sosej, kentang goreng dan putar, sayur bermayonis dan ais krim.

RFC turut menyediakan minuman Kopi Radix, Cola Radix, Sarsi Radix selain jus roselle dan mangga.

Petikan daripada : Harian Metro keluaran 2 Jun 2008 / laman ekonomi

Waktu operasi RFC :
Isnin - Ahad : 10.30 pagi - 11.00 malam
Tutup hanya pada hari Jumaat : 12 tengahari - 2.30 petang

Menu :
Ayam goreng berperasa Asli (Original) & Pedas (Spicy)
5 jenis Value Meal
Seleksi Kentang Goreng, Burger, Radix Cola/Sarsi, Oren, Strawberry


"LAZAT LAGI BERKHASIAT!"
RADIX FRIED CHICKEN

RADIX KOKO

Alhamdulillah… HPA sekali lagi memperkenalkan produk minumannya yang bakal mendapat tempat dihati para penggemar minuman koko. Ia merupakan produk yang dinanti-nantikan kemunculannya. Rasa dan aromanya amat unik sekali dengan gabungan koko dari Gred A.

Radix KOKO dijangka akan bersaing hebat dipasaran negara ini nanti. Ramai para pengedar HPA yang siap menanti untuk mengempur pasaran. Rasanya amat sedap dan unik sekali. Sila ke cawangan/stokis terdekat untuk membeli dan mencuba sendiri keenakannya. Gempur Radix KOKO.

INFO PRODUK

* Mengandungi 15 sachet(bungkus)
* 1 sachet 30 gm
* Pilihan untuk semua golongan
* Harga : RM16.00 (harga ahli)/RM20.00(harga pengguna)
* Nilai mata : 5 NM

KISAH PAHLAWAN NASYID & HPA


Khamis, 13 Ogos 2009. Itulah tarikh terakhir Allahyarham berada bersama kita. Hari ini (13 Dis) genaplah 4 bulan Allahyarham Mohamad Asri b. Ibrahim atau Asri Rabbani pergi meninggalkan kita semua. Pemergian-nya merupakan satu kehilangan yang sangat besar khususnya buat seluruh penasyid dan peminat hiburan nasyid. Allahyarham adalah antara penggerak industri nasyid dan mereka yang bertanggungjawab mendaulatkan seni hiburan Islam ini dan mengetengahkannya agar diterima semua masyarakat dunia.

Allahyarham adalah seorang ahli HPA dengan no. ahli 431155.MY01. Walaupun bukanlah seorang yang aktif dan berpangkat besar dalam HPA, namun pastinya ramai ahli HPA yang menjadikan Allahyarham sebagai sumber inspirasi dan role model kerana banyak sekali lagu-lagu nasyid Allahyarham bersama Kumpulan Rabbani yang berjaya menaikkan semangat perjuangan dalam dakwah di semua aspek kehidupan termasuklah dalam perniagaan.

Allahyarham bukanlah seorang PJS namun jasa Allahyarham terhadap Islam di Malaysia sudah pasti lebih besar daripada mereka yang berpangkat PJS atau lebih tinggi daripada itu. Pangkat terakhir Allahyarham di dalam HPA sebelum menghembuskan nafas terakhirnya adalah PLX dan kini hampir mencapai PRX. Keahlian dan pendapatan Allahyarham kini diwarisi oleh isterinya iaitu Puan Halizah bt. Shahadan. Sepanjang hayatnya, Allahyarham tidak pernah lupa untuk membuat pembelian maintain setiap bulan dan sentiasa menerima bonus daripada HPA.

"Biarlah sedikit asalkan diberkatiNya... Daripada banyak yang memudharatkan..." demikianlah petikan lirik nasyid dari salah satu lagu-lagu nasyid Kumpulan Rabbani. Walaupun bonus HPA yang diterima belum mencecah ratusan atau ribuan ringgit, Allahyarham tetap meneruskan pembelian maintain kerana yakin ada keberkatan disebalik pendapatan yang diterimanya. Untuk pengetahuan semua ahli HPA, bonus Allahyarham kini digunakan untuk membeli produk HPA antaranya ayam organik HPA dan disedekahkan kepada fakir miskin yang tinggal berhampiran rumah keluarga Allahyarham di Bukit Sentosa, Rawang. Itulah antara saham dan jariah Allahyarham yang masih berjalan walaupun sudah tiada lagi di dunia ini. Bagaimana pula kita yang masih hidup ini ???

KENALI HPA INDUSTRIES


HPA Industries Sdn. Bhd. diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad pada tahun 1995 dan merupakan sebuah syarikat 100% milik bumiputra Muslim yang begitu komited dalam mengeluarkan produk-produk Halal berupa makanan kesihatan berasaskan herba, produk makanan HALAL dan produk kegunaan harian. Perniagaan ini dijalankan secara Multi Level Marketing (MLM) yang menepati kehendak syarak.

Syarikat ini telah mula diasaskan pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995.

Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.

HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin Ahmad selaku pemilik syarikat memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan 1. Sementara Pengarah Urusan II adalah isteri beliau sendiri iaitu Puan Hjh. Norhayati binti Ahmad.

Kini, HPA Industries Sdn Bhd memiliki beberapa buah kilang yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan herba yang mencukupi.

Kilang syarikat HPA terletak di alamat B1 & B2, Lot 29, Jalan Industri, Kawasan Perindustrian Kuala Perlis, Perlis dibawah skim Bank Pembangunan Malaysia. Selain daripada itu, sebuah lagi kilang HPA yang juga kini beroperasi di Lot 5 & 6, Kawasan MIEL Jejawi Fasa II, Jalan Jejawi Sematang, Perlis dan di Lot 1 & 2, IKS KEDA Napoh, 06100 Jitra, Kedah. Yang terkini ada sebuah lagi kilang baru yang beroperasi di Gandul, Jakarta Indonesia. Kini jumlah pekerja kilang HPA melebihi 200 orang.

Pada peringkat awal, industri farmaseutikal yang diwujudkan oleh HPA beroperasi di rumah beliau sendiri. Namun begitu, hasil kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh HPA, pihak bank telah bersetuju menyewakan sebuah bangunannya untuk tujuan tersebut. Dalam pada masa yang sama, HPA telah membuat perjanjian kepada pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kabangsaan (BPFK) untuk mendapat kelulusan susun atur/plan kilang. Akhirnya, apabila kelulusan telah diberikan oleh pihak biro, Bank Pembangunan telah meluluskan pinjaman Skim Al-Ijarah sebanyak RM 222,000 untuk pembelian mesin dan telah membenarkan satu blok tambahan untuk HPA.

Pada 11 September 1997, kilang HPA telah mendapat pengiktirafan Amalan Pengilangan Baik (GMP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan status ini HPA telah mendapat laluan bagi memasarkan produknya ke luar negara. Kini HPA telah membeli 4 lot kilang yang bernilai RM 1.4 juta di Kawasan Perindustrian Jejawi (5 km dari Kangar) bagi menjalankan operasinya dengan lebih meluas. Ia dilengkapkan dengan kemudahan yang dianggarkan bernilai RM 2.6 juta.

DARI PPIM : BARANGAN HARAM

PPIMalaysia : Barangan Haram

Baru-baru ini satu seminar/taklimat telah diadakan antara Persatuan
Pengguna Islam Malaysia dengan pihak Jabatan Agama Islam Perak khusus mendedahkan produk haram yang berada di pasaran dan meminta orang-orang  Melayu/Islam berhenti menggunakannya. Berikut disenaraikan secara ringkas roduk tersebut dan serba sedikit huraiannya.

1. COLGATE

Colgate keluaran Thailand, Indonesia dan Vietnam ~ haram~ bercampur
lemak babi. Colgate 125ml yang berada dipasaran sekarang sah diimpot dari Thailand.

2. AJI NO MOTO
Aji No Moto keluaran Thailand, Indonesia dan Vietnam ~ haram ~ bercampur lemak babi Aji No Moto juga disahkan oleh doktor mengandungi MSG (Mono  Sodium> Glutamate) berlebihan yang boleh mereputkan daging dan menggugurkan rambut dengan cepat. Bagaimanapun produk Aji No Moto keluaran Jalan Kuchai Lama (Malaysia) disahkan bebas dari lemak babi.

3. COKLAT
Semua coklat yang diimpot dari luar negara mengandungi lemak babi atau pun sekurang-kurangnya mengandungi lemak binatang yang amat diragui. Sekiranya pada luar bungkusan pek coklat ada menunjukkan kod produk, KOD  164 disahkan mengandungi lemak babi.

4. FISHCAKE; FISHBALL; MEE & Kuew TIAW
Keluaran bukan Islam disahkan mengandungi ramuan campuran lemak babi supaya produk tahan lama.

5. BERUS-BERUS SONGKOK, KASUT, CAKE

Babi ternak di Malaysia tidak berbulu. Tetapi babi tunggal dikatakan
berbulu. Di negeri China terdapat babi ternak yang khusus menghasilkan bulu seperti ternakan biri-biri. Berus untuk songkok, kasut dan cake  disahkan adalah bulu-bulu babi dari negeri China.

6. ROTI HIGH 5 (HIGH FIVE)

Roti High 5 HARAM dimakan kerana mengandugi / dicampur / diproses dari ragi Babi. Suatu ketika dulu pernah tersebar luas berita / surat layang  mengenai lemak babi dalam roti Gardenia. Ketika itu jualan Gardenia jatuh merosot dengan ketara sekali. Sebenarnya berita ini disebarkan oleh orang-orang dalaman High 5 sendiri yang iri hati dengan pencapaian/kejayaan Gardenia. Punca iri hati ini disebabkan empat tokoh  utama pengurusan Gardenia adalah orang Melayu yang amat peka dengan sensitiviti umat Islam mengenai pemakanan halal / haram. Saham-saham besar Gardenia yang dikatakan bercampur dengan bisnes babi tidak membabitkan negara Malaysia. Produk keluaran Gardenia diproses  berlandaskan prinsip Islam ISI 2020 yang digariskan Institut Penyelidikan Piawaian Islam (RISIS). Ini disahkan oleh Setiausaha PPIM Dr. Maamor Osman. Roti Gardenia disahkan bebas dari campuran lemak babi.

7. REMPAH KARI ALLAGAPA, BABAS, SAKHTY & CAP MATA

Keempat-empat jenama kari di atas tidak mengandungi lemak babi TETAPI 40% hasil jualannya digunakan untuk membuat / menambah / memperelok kuil-kuil di Malaysia dan juga sebagai pembiayaan untuk membunuh  masyarakat Islam Gujerat India. Itu lah sebabnya kita melihat jenama kari ini berlumba-lumba menaja rancangan-rancangan hiburan TV (terutamanya lagu dan filem Hindi) supaya bersesuaian dengan selera orang Melayu yang sejak dari dulu lagi lagu dan filem Hindi ini ibarat  isi dengan kuku dan sudah sebati dengan jiwa mereka.

Satu perkara lagi yang perlu diberi perhatian ialah nombor 786.
Orang-orang veteran India Muslim (berusia 80 tahun keatas) yang ditanya mengenai nombor ini menyatakan dengan berbagai pendapat.
Tetapi apa pun jawapannya nombor ini adalah kod untuk Bismillah yang
cara amalannya mereka saja yang tahu. Malangnya kod ini (786)
Diselewengkan oleh puak-puak Hindu apabila mereka juga melabelkan papan iklan kedai dengan nombor tersebut untuk mengabui umat Islam. Tidak hairan lah dewasa ini kalendar orang-orang India Muslim yang
menggunakan gambar Kaabah dan ayat suci Al-Quran dicetak / ditaja oleh Palanniappa, Sakhty dan Babas. Juga perlu dingatkan pada umat Islam supaya amat peka dengan beberapa restoran baru nasi kandar yang bergiat aktif sama ada dimana-mana bandar terutama di Taiping dan Ipoh.

Pastikan perniagaannya oleh orang Islam dan ayamnya halal... Di Taiping ada restoran nasi kandar, pembuat roti nan dan toseh dari pekerja H****  dan ayam dibekalkan oleh C***.

8. COCA COLA

Coca Cola adalah jenama minuman yang mempunyai agendanya yang
tersendiri. Lebih-lebih lagi agenda menghina Umat Islam. Tahukah saudara tulisan Coca Cola itu jika dibelah dua dari bahagian belakangnya maka  tulisannya boleh dibaca dan akan membawa maksud 'Laa' Allah Laa'Muhammad (Tiada Allah Tiada Muhammad) Kajian menunjukkan Negeri Perak adalah negeri kedua di Malaysia yang berjaya memboikot Coca Cola dan dikatakan  jualannya di Perak merosot sehingga 60%. Syabas warga Perak!!!

9. SARDIN TIN MERAH

Kuah Sardin ini dibuat dari campuran siput babi ~ haram dimakan.

10. KENTUCKY FRIED CHICKEN

Perkara yang meragukan dalam kes KFC ini ialah cara sembelihan ayam itu  sendiri. Seorang petugas menyembelih di KFC mengakui bahawa bacaan semasa sembelih hanya dibaca pada permulaan / pertama sahaja manakala yang lain-lainnya tidak sempat kerana ribuan ekor lagi menunggu / berpusing untuk disembelih. Kita tidak dapat berbuat apa- apa dengan  masalah KFC ini kerana ia mendapat kelulusan penuh pihak Pejabat Agama. Tetapi perkara yang mendatangkan was-was eloklah kita tinggalkan. Keadaan ini samalah juga dengan ayam yang kita beli dan lihat sendiri sembelihannya di mana-mana pasar ayam. Sekiranya kita beli 10 ekor ayam
dan selepas disembelih ayam-ayam tadi dihumban kedalam sebuah bekas / raga. Persoalannya bagaimanakah cara 10 ekor ayam itu mati. SAH ayam itu mati akibat tertindih lemas sesama mereka dan bukan menggelupur sendirian. Mati lemas ini disahkan tidak halal kerana mati katak.

11. TEH HAILAM

Orang Melayu sejak dulu lagi amat famous dengan teh Hailam. Ada yang  pagi-pagi lagi mesti kena teh Hailam. Sedap katanya. Minum pula dalam cawan berbunga. TETAPI tahukah kita apakah cara tradisional teh ini dibuat???

Seorang Mualaf yang mendedahkan perkara ini memberitahu bahawa pada  setiap pagi towkay kedai ketika sedang menggosok gigi dan ketika masa yang sama akan Membenamkan berus gigi kedalam bekas membancuh teh atau apa-apa jua bekas untuk teh tersebut. Itulah resepinya.  Bunyinya memang lucu tetapi itulah hakikatnya.

12. TESCO IPOH

Sesiapa yang berkunjung ke Ipoh dan ingin menjamu selera diingatkan
supaya berhati-hati apabila singgah makan dimana-mana warung dalam
Tesco. Hampir kesemua gerai-gerai makanan dipunyai oleh bukan Islam  (C*** ) dan mengupah pekerja Melayu untuk RUN bisnes tersebut.  Masalah utama ialah ayam digerai ini di supply oleh C***. Hanya sebuah gerai (Western Food) saja yang disahkan betul-betul halal dan dijalankan sendiri oleh seorang pemuda Melayu.

RENUNGAN

Di pasaran sejak akhir-akhir ini kita dikaburi dengan jenama-jenama yang seolah-olah bercirikan Islam. Contoh : Bahan makanan kering yang dibungkus dengan gambar masjid diluarnya dan bunyi syarikat pembuat  seperti bahasa / bunyi Arab yang kadangkala kita tak ambil kisah langsung. Di pasar raya umpamanya jenama-jenama seperti Safi, Shurah, Zaitun dan Aminah Hassan dikenalpasti barang-barang keluaran bukan Melayu / Islam. Bisnes ini sebenarnya telah bertukar tangan. Selain itu alasan paling mudah adalah mana mungkin produk Melayu boleh masuk pasar raya. Bagaimana pula dengan kicap Tamin...???

Kicap Tamin HALAL tetapi difahamkan ia terpaksa mengupah salesman
C*** dengan bayaran RM7, 000.00 untuk membolehkan produk tersebut
memasuki pasar raya.

Lilin Mi Saluti Usus

Itulah tajuk berita Kosmo Ahad 11 November 2007 lalu , sekali pintas menggambarkan betapa bahayanya mi. Pengambilan mi segera secara berturut-turut 3 hari akan menyebabkan gangguan usus.Fungsi saluran usus akan terganggu.Penyelidik Jepun ada mendapati dalam kajian mereka mi segera mengandungi sejenis bahan menyerupai lilin , dimana pengambilan mi berterusan menyebabkan usus terganggu dalam proses penyerapan bahan nutrien penting makanan yang lain.Lapisan lilin itu semakin menebal dan bertahan selama berminggu-minggu.
Lilin tersebut adalah lemak tepu atau lemak trans yang padat. Lemak tersebut cair ketika panas namun menjadi beku apabila berada dalam usus.
Garam , MSG ( monosodium glutamat ) dan perisa tiruan akan terperangkap dibawah lapisan lilin tersebut.Ini memberi kesan lebih teruk kepada kesihatan.

"RISIKO KANSER USUS ADALAH TINGGI UNTUK PENGGEMAR MI SEGERA.
JAUHI MI SEGERA.."