Monday, February 8, 2010

HPA BUKA RESTORAN RFC

HPA Industries Sdn Bhd melangkah setapak lagi dalam visinya menye-diakan produk halal dan berkualiti kepada orang ramai apabila mem-buka restoran pertamanya, Radix Fried Chicken (RFC) semalam.

Syarikat jualan langsung (MLM) milik Bumiputera itu antara terbesar di negara ini yang terkenal dengan jenama Kopi Radixnya, membuka cawangan pertama RFC di Lagenda Heights, bersebelahan Village Mall di Sungai Petani, Kedah.Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad, berkata HPA mensasarkan membuka 20 cawangan RFC menjelang akhir 2009.

Menurutnya, syarikat itu menawarkan sistem francais kepada 500,000 ahlinya di Malaysia untuk membuka cawangan RFC di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

Katanya, sistem francais itu terbahagi kepada dua kategori iaitu bernilai RM1 juta dan RM500,000. “RFC adalah jawapan kepada pelbagai masalah yang membelenggu masyarakat kebelakangan ini, terutama ayam yang dikhuatiri disuntik vaksin haiwan seperti babi yang bukan saja haram kepada umat Islam, tetapi berbahaya kepada kesihatan manusia keseluruhannya.

“Di RFC, kami menggunakan ayam organik yang diternak sendiri HPA yang dijamin bebas daripada vaksin kerana menggunakan herba sebagai makanannya seperti daun mambu, kunyit dan Tongkat Ali. “Pada masa sama, semua produk digunakan di dalam RFC adalah keluaran HPA yang berasaskan herba dan bebas daripada bahan kimia termasuk sos, minuman dan lain-lain,” katanya ketika majlis pelancaran RFC, semalam.Selain ayam goreng asli dan pedas yang menggunakan ramuan herba terpilih, RFC juga menyediakan pelbagai set makanan lain termasuk burger, sosej, kentang goreng dan putar, sayur bermayonis dan ais krim.

RFC turut menyediakan minuman Kopi Radix, Cola Radix, Sarsi Radix selain jus roselle dan mangga.

Petikan daripada : Harian Metro keluaran 2 Jun 2008 / laman ekonomi

Waktu operasi RFC :
Isnin - Ahad : 10.30 pagi - 11.00 malam
Tutup hanya pada hari Jumaat : 12 tengahari - 2.30 petang

Menu :
Ayam goreng berperasa Asli (Original) & Pedas (Spicy)
5 jenis Value Meal
Seleksi Kentang Goreng, Burger, Radix Cola/Sarsi, Oren, Strawberry


"LAZAT LAGI BERKHASIAT!"
RADIX FRIED CHICKEN

No comments:

Post a Comment