Monday, February 8, 2010

KENALI HPA INDUSTRIES


HPA Industries Sdn. Bhd. diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad pada tahun 1995 dan merupakan sebuah syarikat 100% milik bumiputra Muslim yang begitu komited dalam mengeluarkan produk-produk Halal berupa makanan kesihatan berasaskan herba, produk makanan HALAL dan produk kegunaan harian. Perniagaan ini dijalankan secara Multi Level Marketing (MLM) yang menepati kehendak syarak.

Syarikat ini telah mula diasaskan pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995.

Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.

HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin Ahmad selaku pemilik syarikat memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan 1. Sementara Pengarah Urusan II adalah isteri beliau sendiri iaitu Puan Hjh. Norhayati binti Ahmad.

Kini, HPA Industries Sdn Bhd memiliki beberapa buah kilang yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan herba yang mencukupi.

Kilang syarikat HPA terletak di alamat B1 & B2, Lot 29, Jalan Industri, Kawasan Perindustrian Kuala Perlis, Perlis dibawah skim Bank Pembangunan Malaysia. Selain daripada itu, sebuah lagi kilang HPA yang juga kini beroperasi di Lot 5 & 6, Kawasan MIEL Jejawi Fasa II, Jalan Jejawi Sematang, Perlis dan di Lot 1 & 2, IKS KEDA Napoh, 06100 Jitra, Kedah. Yang terkini ada sebuah lagi kilang baru yang beroperasi di Gandul, Jakarta Indonesia. Kini jumlah pekerja kilang HPA melebihi 200 orang.

Pada peringkat awal, industri farmaseutikal yang diwujudkan oleh HPA beroperasi di rumah beliau sendiri. Namun begitu, hasil kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh HPA, pihak bank telah bersetuju menyewakan sebuah bangunannya untuk tujuan tersebut. Dalam pada masa yang sama, HPA telah membuat perjanjian kepada pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kabangsaan (BPFK) untuk mendapat kelulusan susun atur/plan kilang. Akhirnya, apabila kelulusan telah diberikan oleh pihak biro, Bank Pembangunan telah meluluskan pinjaman Skim Al-Ijarah sebanyak RM 222,000 untuk pembelian mesin dan telah membenarkan satu blok tambahan untuk HPA.

Pada 11 September 1997, kilang HPA telah mendapat pengiktirafan Amalan Pengilangan Baik (GMP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan status ini HPA telah mendapat laluan bagi memasarkan produknya ke luar negara. Kini HPA telah membeli 4 lot kilang yang bernilai RM 1.4 juta di Kawasan Perindustrian Jejawi (5 km dari Kangar) bagi menjalankan operasinya dengan lebih meluas. Ia dilengkapkan dengan kemudahan yang dianggarkan bernilai RM 2.6 juta.

No comments:

Post a Comment