Monday, February 8, 2010

KISAH PAHLAWAN NASYID & HPA


Khamis, 13 Ogos 2009. Itulah tarikh terakhir Allahyarham berada bersama kita. Hari ini (13 Dis) genaplah 4 bulan Allahyarham Mohamad Asri b. Ibrahim atau Asri Rabbani pergi meninggalkan kita semua. Pemergian-nya merupakan satu kehilangan yang sangat besar khususnya buat seluruh penasyid dan peminat hiburan nasyid. Allahyarham adalah antara penggerak industri nasyid dan mereka yang bertanggungjawab mendaulatkan seni hiburan Islam ini dan mengetengahkannya agar diterima semua masyarakat dunia.

Allahyarham adalah seorang ahli HPA dengan no. ahli 431155.MY01. Walaupun bukanlah seorang yang aktif dan berpangkat besar dalam HPA, namun pastinya ramai ahli HPA yang menjadikan Allahyarham sebagai sumber inspirasi dan role model kerana banyak sekali lagu-lagu nasyid Allahyarham bersama Kumpulan Rabbani yang berjaya menaikkan semangat perjuangan dalam dakwah di semua aspek kehidupan termasuklah dalam perniagaan.

Allahyarham bukanlah seorang PJS namun jasa Allahyarham terhadap Islam di Malaysia sudah pasti lebih besar daripada mereka yang berpangkat PJS atau lebih tinggi daripada itu. Pangkat terakhir Allahyarham di dalam HPA sebelum menghembuskan nafas terakhirnya adalah PLX dan kini hampir mencapai PRX. Keahlian dan pendapatan Allahyarham kini diwarisi oleh isterinya iaitu Puan Halizah bt. Shahadan. Sepanjang hayatnya, Allahyarham tidak pernah lupa untuk membuat pembelian maintain setiap bulan dan sentiasa menerima bonus daripada HPA.

"Biarlah sedikit asalkan diberkatiNya... Daripada banyak yang memudharatkan..." demikianlah petikan lirik nasyid dari salah satu lagu-lagu nasyid Kumpulan Rabbani. Walaupun bonus HPA yang diterima belum mencecah ratusan atau ribuan ringgit, Allahyarham tetap meneruskan pembelian maintain kerana yakin ada keberkatan disebalik pendapatan yang diterimanya. Untuk pengetahuan semua ahli HPA, bonus Allahyarham kini digunakan untuk membeli produk HPA antaranya ayam organik HPA dan disedekahkan kepada fakir miskin yang tinggal berhampiran rumah keluarga Allahyarham di Bukit Sentosa, Rawang. Itulah antara saham dan jariah Allahyarham yang masih berjalan walaupun sudah tiada lagi di dunia ini. Bagaimana pula kita yang masih hidup ini ???

No comments:

Post a Comment